Minggu, 29 Desember 2013

Inti Pati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera


SHAH ALAM — Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
di Universiti Teknologi MARA hari ini.

 MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

* Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran

* Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)

* Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan
Program Peneraju Skil

* Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan
Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan

* Memperluaskan  Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera (YPPB)

MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

* Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10
bilion unit saham

* Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui
Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS)

MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

* Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia

* Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan
Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan
Nasional Bhd (Punb) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan
industri.

* Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui
Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd
(SPNB) dengan kerajaan negeri

* Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah

* Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah
memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera

MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

* Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti
Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB

* Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta

* Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta

* Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor
(VDP)

* Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh
bayar balik pinjaman bank

* Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB),
Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM)

* Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera
sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

* Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk
bumiputera

* GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha
mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian pembekalan

* Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara terpilih

* Memperluaskan dasar ‘carve-out’ untuk projek-projek besar di bawah
kementerian, GLC dan GLIC.
(Dasar ‘carve-out’ berjaya dilakukan dalam projek MRT dimana sebanyak 47
peratus atau RM9 bilion dianugerahkan kepada syarikat bumiputera terpilih secara
meritokrasi)

* Membina satu komuniti baru ‘entrepreneur’ bumiputera

* Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)

MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

* Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan
konstruktif

* Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian

* Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada
250,000 menjelang 2020

* Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM

* Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion

* Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

* Meletakkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SUPERB di bawah
TERAJU

* Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) menggantikan Majlis Tindakan
Agenda Bumiputera

    –BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar