Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Februari 2014

Bekas isteri Jimmy Shanley menang di mahkamah dan dapat hak penjagaan




Selepas tiga kali gagal bermalam dengan anaknya, pengacara dan pelakon Jimmy Shanley tiada cara lain selain memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya atas dakwaan ingkar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka. Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, memfailkan permohonan itu terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, menerusi peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. Menurut Mohd. Noor Aizan, semenjak Mahkamah Tinggi di sini pada 8 April lalu memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya, Zahrah Rania, anak guamnya itu masih gagal mendapat hak tersebut.

Jimmy turut menyatakan, dia kecewa apabila tiga kali cubaannya mengambil anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila. ‘‘Apabila saya hendak pergi mengambil anak, ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara. ‘‘Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara tersebut,’’ katanya. Mohd. Noor Aizan turut menyatakan, Nursuhaila telah memfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah tersebut dan kes itu akan disebut pada Khamis ini. Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan memberikan hak jagaan penuh anak perempuan tunggal mereka itu kepada Nursuhaila.

Beliau turut memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu bersama Zahrah Rania yang kini berusia setahun 10 bulan. Mahkamah membenarkan Jimmy mengambil anaknya bermula Selasa sehingga Khamis selain kedua-dua pihak diberi hak bergilir-gilir untuk bersama anak mereka pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Jimmy diberi hak bersama anaknya selama tiga hari bermula hari terakhir Ramadan sehingga hari raya kedua. Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak atau pihak ketiga tidak menghalang atau menceroboh pihak terbabit semasa Zahrah Rania berada dalam jagaan pihak berkenaan.

Jimmy dan Nursuhaila serta wakil masing-masing juga diarahkan berbincang mengenai lokasi pengambilan anak mereka dan memaklumkan sesama mereka terlebih dahulu jika ingin berbuat demikian. Tuntutan hadanah itu difailkan Nursuhaila terhadap Jimmy pada 18 Oktober 2011. Jimmy bagaimanapun mempertikai kelayakan Nursuhaila untuk menjaga anaknya kerana mendakwa plaintif mempunyai akhlak buruk antaranya suka berjudi, minum arak, berhibur dan merokok. Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran RM31,186. Mereka sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 10 Oktober tahun lalu.


sumber : utusan
Selengkapnya

Minggu, 22 Desember 2013

Lelaki di Cina Merangkak Sejauh 200 Meter Untuk Meminta Maaf Kepada Isteri Hai lelaki jangan curang !

   posted by indah.com on 4 Julai 2012



Merasa bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki di Cina rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf.

Setiap beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas aspal jalan raya kota Putian, Provinsi Fujian. Dahinya terlihat merah kerana lumuran darah. Para pejalan kaki berhenti untuk melihat kejadian tersebut.



Seseorang mencuba mendekatinya untuk menawarkan pertolongan, tapi dia  menolak sambil mengucapkan "terima kasih." Lelaki itu lalu menjelaskan bahawa dia sengaja melakukan hal tersebut kerana merasa bersalah terhadap isterinya.
Dia berniat merangkak seperti itu untuk mencapai Zhengrong Times Square yang berjarak sekitar 1000 meter dari awal lokasi ia merangkak. Namun baru seperlima dari jarak yang seharusnya ditempuh, saksi  melihat seorang wanita turun dari   motorsikal, memanggil taksi dan membawa lelaki itu  pergi dari sana.

Hmm...cukup romantis. Tapi mungkin lebih baik jika lelaki ini melakukannya di trotoar.

sumber
Selengkapnya

Kamis, 19 Desember 2013

Lelaki Pulau Pinang masih perlukan kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru

October 22, 2012
GEORGE TOWN, 22 Okt — Jika anda fikir berpindah ke Pulau Pinang untuk berkahwin dua dengan rahsia, anda akan dapati bahawa anda masih lagi memerlukan proses yang sama seperti negeri lain.
Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abu Kassim menolak laporan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan lelaki Islam tidak perlu mendapat kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru, dengan berkata undang-undang Syariah di Pulau Pinang adalah sama seperti di negeri lain.
“Ini cuma kempen kotor Utusan untuk memastikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) dilihat sebagai teruk,” katanya lagi.

Beliau berkata, lelaki di Pulau Pinang yang mahu berkahwin baru masih memerlukan prosedur termasuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.
“Ini adalah undang-undang yang tak pernah kami ubah, sama seperti negeri lain,” katanya lagi.
Minggu lalu, laporan dari Utusan Malaysia mengatakan bahawa lelaki Islam di Pulau Pinang boleh berkahwin baru tanpa kebenaran isteri pertamanya.
Laporan itu menyebut nama pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein.
Selengkapnya

Rabu, 18 Desember 2013

Allahu Rabbi Bertapa Sucinya Hati Isteri Kepada Suaminya



Allahu Rabbi - Bertapa Sucinya Hati Isteri Kepada Suaminya | Selamat malam diucapkan kepada semua pembaca,malam nie saya ingin kongsikan satu cerita yang menyayat hati,sama ada ini kisah benar atau sekadar cerita belum dapat disahkan lagi,

tetapi percayalah bila anda membaca cerita ini terutamanya anda yang bergelar seorang suami,anda pasti akan merasa sungguh terharu dan inginkan mempunyai seorang isteri seperti kisah dibawah.Tanpa membuang masa lagi,marilah sama-sama kita hayati kisah ini.Kisah ini dikongsikan di facebook.

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah...
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.. SUMBER

Selengkapnya